Aug 22, 2009

20 sumbangan utama sarjana Muslim. (Bahagian 2)

Bersambung dari bahagian 1...

.....................................................................................

11) Kincir angin dibina pada tahun 634 atas arahan seorang Khalifah berbangsa Parsi dan digunakan untuk mengisar jagung dan mengangkut air untuk pengairan tanaman. Di kawasan padang pasir yang besar di Tanah Arab, apabila sungai-sungai mongering, satu-satunya sumber kuasa yang boleh digunakan adalah kuasa angin yang sentiasa bertiup berterusan selama beberapa bulan. Kincir pada pengisar memiliki enam hingga 12 layar yang ditutup dengan kain fabrik atau daun palma. Kesemua ini dibangunkan 500 tahun sebelum kincir angin pengisar pertama dilihat di Eropah.

12) Kaedah inokulasi (menyuntik vaksin, serum atau organisma lain untuk menentang virus penyakit dalam badan) bukanlah dicipta oleh Jenner dan Pasteur namun dihasilkan di dunia Muslim dan dibawa ke Eropah dari Turki oleh seorang isteri kepada duta Inggeris pada tahun 1724. Kanak-kanak di Turki telah menerima suntikan virus cacar lembu bagi melawan penyakit cacar ayam sekurang-kurangnya 50 tahun sebelum Barat berjaya menemuinya.

13) Pena dakwat cair (English-fountain pen) dicipta atas arahan Sultan Mesir pada tahun 953 selepas beliau meminta pena yang tidak mengotorkan tangan dan bajunya. (pena pada masa itu adalah pena celup, di mana batang pena dicelupkan ke dalam bekas dakwat sebelum digunakan untuk menulis). Pena dakwat cair membawa dakwat bersama di dalam sebuah bekas simpanan, dan sebagaimana pena moden, ia membekalkan dakwat ke mata pena dengan bantuan graviti dan tindakan kapilari.


Pena dakwat cair jenama Pelikan.

14) Sistem angka yang digunakan di seluruh dunia mungkin berasal dari India namun gaya tulisan dan susunan angka (terutama peranan sifar ) berasal dari Arab dan mula muncul dalam tulisan hasil kerja ahli matematik Islam al-Khwarizmi dan al-Kindi sekitar 825. Algebra dinamakan bersempena tajuk buku al-Khwarizmi , ‘al-Jabr wa-al muqabilah’, di mana kebanyakan isi kandungannya masih digunakan. Hasil kerja sarjana matematik Muslim diimport ke Eropah 300 tahun kemudian oleh seorang ahli matematik Itali, Fibonacci. Algoritma dan kebanyakan teori trigonometri datang dari dunia Muslim. Dan penemuan al-Kindi mengenai kaedah kajian kekerapan (suatu cara menyahkod sekumpulan kod rahsia dengan menganalisis kekerapan huruf yang digunakan) menyebabkan kebanyakan kod-kod kuno berjaya diselesaikan, seterusnya menyediakan asas kepada kriptologi moden.

15) Ali Ibn Nafi, dikenali dengan nama panggilan Ziryab (burung hitam-English-blackbird) mengembara dari Iraq ke Cordoba pada kurun ke 9 dan membawa bersamanya konsep hidangan tiga peringkat – sup, diikuti ikan atau daging, kemudian buahan dan kekacang. Beliau juga memperkenalkan kaca hablur (dicipta setelah kajian mengenai batu hablur dilakukan oleh Abbas Qasim Ibnu Firnas)

16) Permaidani lazimnya dianggap sebahagian daripada syurga oleh orang-orang Muslim pada zaman pertengahan Islam, terima kasih kepada kaedah anyaman yang maju, bahan pewarna tinktur (English-tincture) baru hasil penyelidikan kimia Islam, dan corak serta arabes (English-arabesque, corak bungaan, ranting dan dedaun yang saling bersimpulan, biasa terdapat dalam seni Islam) yang dibangunkan , di mana kesemua ini adalah asas kepada seni tampak (seni gambaran atau visual, bukan seni tulisan seperti puisi dan bukan seni bunyian seperti lagu) dalam Islam. Dalam pada lain, lantai-lantai di Eropah pula kebanyakannya lantai daripada tanah, sehinggalah permaidani orang-orang Arab dan Parsi diperkenalkan di sana. Di England, sebagaimana yang dirakamkan oleh Erasmus, lantainya ‘ditutup dengan tikar rumput cacabian (English-rushes), sekali-sekala akan diganti, namun lapisan bawahnya dibiarkan tidak disentuh, kadangkala sehingga 20 tahun, menyimpan pelbagai kotoran daripada tumpahan ubat batuk, muntah, buangan anjing dan manusia, arak, sisa ikan dan perkara jijik lain yang tidak patut dinyatakan’. Permaidani sebagaimana dijangkakan, menjadi tumpuan permintaan dalam masa singkat.


Permaidani

17) Cek moden berasal daripada ‘saqq’ orang-orang Arab, sebuah sumpah bertulis yang digunakan pembeli sebagai ganti wang untuk membayar barangan kepada penjual, bagi mengelakkan wang daripada terpaksa dibawa oleh penjual melalui kawasan muka bumi yang berbahaya. Pada kurun ke 9, seorang pedagang Muslim boleh menunaikan ceknya di China selepas mengeluarkan cek tersebut di bank Baghdad.

18) Sebelum kurun ke 9, ramai sarjana Muslim memandang bahawa perkara Bumi berbentuk sfera adalah suatu yang mudah. Buktinya, kata Ibnu Hazm , ahli astronomi, ialah ‘ matahari sentiasa berdiri tegak pada titik-titik tertentu (khatulistiwa) di atas muka bumi’. Ia berlaku 500 tahun sebelum Galileo menyedarinya. Pengiraan yang dilakukan ahli astronomi Muslim sangat tepat sehinggakan pada kurun ke 9 mereka mampu menganggarkan ukurlilit bumi adalah 40,253.4 km- kurang 200km daripada ukurlilit sebenar. Sarjana Islam al-Idrisi pernah membawa glob mewakili bumi ke istana King Roger di Sicily pada 1139.


Bumi sememangnya berbentuk sfera.

19) Walaupun orang-orang Cina mencipta ubat bedil saltpetre, dan menggunakannya di dalam bunga-bunga api mereka, orang Arab telah membuktikan bahawa ia boleh ditulenkan menggunakan kalium nitrat bagi kegunaan tentera. Senjata api Muslim mampu menakutkan tentera Salib. Sebelum kurun ke 15, orang Islam mencipta dua buah roket, di mana mereka menggelarkannya ‘ bebola api terlancar sendiri’ dan sebuah torpedo – bom ‘pear’ terlancar sendiri dengan anak panah di hadapannya di mana ia akan menembusi kapal musuh dan meletup.

20) Eropah pertengahan memiliki dapur dan taman herba, namun orang-orang Arab telah membangunkan idea bahawa taman adalah tempat untuk kecantikan dan perubatan. Taman diraja pertama dibuka pada abad ke 11 oleh Muslim Sepanyol. Bunga yang berasal dari taman orang-orang Muslim termasuklah bunga telukis dan bunga tulip.

Diterjemah dan diubahsuai dari:
http://traditionalislamblog.wordpress.com/2009/04/27/how-islamic-inventors-changed-the-world/

....................................................................................

Semoga mendapat ilmu berguna dari pelayaran internet anda walaupun sedikit.

Wassalam.

No comments:

Post a Comment

Kini, Anon dan Anonimah pun boleh mengomen...